Tadaa.. ari nie sye mahu jadi chef kek pulak.. hihi
kek Pelangi petang.. warna dia sangat menarik hati.. boleh tersenyum tengok kek ini.:)
kek ini rasanya sedikit manis masin2.. disalut dgn cream cheese. sedap!
Resepi Kek Pelangi:
- 3 cawan tepung gandum*
- 4 sudu kecil baking powder*
- secubit garam halus*
- 1 buku butter
- 1 1/2 cawan gula kastor
- 1 1/2 cawan susu segar
- 5 biji telur
- 2 sudu esen vanila
pewarna merah, biru, hijau, kuning, oren, ungu
topping:- 1 buku creamcheese- 1 cawan gula ising- 1/2 cawan butter
Cara-cara memasak:
Panaskan oven 15minit dengan suhu 170c.
Ayak semua bahan yang bertanda *
pukul butter dan gula hingga kembang dan putih.
masukkan putih telur dan pukul sehingga gebu
masukkan esen dan pukul sebati
masukkan bahan diayak tadi selang seli dengan susu segar.. dan pukul perlahan.
bahagikan adunan kepada 6 bahagian. masukkan warna dan kacau sebati.
masukkan satu bahagian dalam loyang 8' yang dialas dan digris.. bakar selama 10-15 minit dalam suhu 170c.
ulang sehingga habis semua warna.
untuk setiap layer, reena sapukan dengan creamcheese. [boleh gunakan fresh cream atau butter cream]
-untuk topping pukul semua bahan sehingga kembang dan sapu ke seluruh kek.
-ikut kekreatifan masing-masing untuk deco ye. (reena kemalasan nak deco kek mase ni, hihi! yang penting kek ni sedap!)